Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang lelaki disyaki dibaham buaya di Kinabatangan

Sungai Kinabatangan terkenal hidupan liar termasuk buaya. - Gambar Hiasan
Sungai Kinabatangan terkenal hidupan liar termasuk buaya. – Gambar Hiasan

KOTA KINABATANGAN – Seorang lelaki dilaporkan hilang dan disyaki dibaham oleh seekor buaya ketika mangsa sedang menjala ikan di sungai Sangau di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.22 malam,” menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K.Ramin di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ekoran jarak antara balai bomba dan lokasi kejadian yang jauh menyebabkan pasukan bomba hanya tiba di tempat itu jam 10.57 malam untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

Difahamkan, tiga orang rakannya yang berada di lokasi kejadian ternampak seekor buaya menyambar mangsa sebelum hilang di dalam sungai itu.

Mereka dikatakan cuba menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan