Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang Lelaki Cuba Curi Kabel Elektrik Di Pencawang SESB Diberkas

4:19pm 11/11/2015 Pak Roshan 224 views Jenayah,Mutakhir

tangan-digari-600x330

TAWAU : Pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjaya memberkas seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang SESB di Batu 3, dekat sini semalam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Muhamad Nazri Pazil berkata suspek berusia lingkungan 20-an dan merupakan warga asing itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di pencawang elektrik berkenaan.

“Suspek dipercayai cuba untuk mencuri peralatan dan kabel tembaga di dalam pencawang elektrik itu. Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.

Muhamad Nazri berkata sejak sebulan lepas sahaja sebanyak 11 kes cubaan mencuri harta SESB direkodkan, melibatkan kerugian kira-kira RM300,000.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan terus membuat pemantauan di setiap pepasangan elektrik milik SESB agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Para pengguna juga diminta untuk menghubungi talian khas Polis Bantuan SESB di 088-282455 sekiranya terlihat individu yang mencurigakan dan bukan anggota kerja SESB berada di dalam kawasan pencawang elektrik,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan