Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,817

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang kerani syarikat didakwa pecah amanah wang syarikat

10:19pm 29/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 180 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang kerani syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah terhadap majikannya.

Pertuduhan pertama, Anna Azura Noor Hassan, 30, yang hadir di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad
didakwa menipu wang syarikat sebanyak RM 2080 di Starbucks di Warisan Square pada jam 8 malam, 4 Februari lalu.

Manakala pertuduhan kedua, Anna didakwa menipu RM 2213.14 di sebuah syarikat di warisan square pada jam 8 malam, 11 Ogos tahun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, Anna bakal dihukum dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan atau denda.

Mahkamah menetapkan 11 April depan untuk pengurusan kes manakala tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 6,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh juga diarahkan menyerahkan passport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap 1 haribulan di balai polis berdekatan. -Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan