Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Juragan Indonesia Cuba Seludup 30 Tong Gas Ditahan

LPG

 

TAWAU, 13 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan seorang juragan warganegara Indonesia menyeludup keluar 30 tong gas memasak di perairan Tawau, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim 18 Tawau Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata anggota APMM yang membuat rondaan Op Pluto Timur telah menahan sebuah bot penumpang yang mencurigakan di kawasan perairan itu kira-kira 8.30 malam.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati ada 30 tong gas memasak cuba diseludup keluar dari daerah ini ke kawasan perairan Indonesia.

Seorang juragan warganegara Indonesia berumur 31 tahun yang berada dalam bot tersebut turut ditahan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya nilai keseluruhan tong gas, bot dan enjin bot yang dirampas ialah RM27,000.

Mohd Yusri berkata pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tanggungjawab bagi memastikan jenayah perairan Malaysia khususnya di daerah ini, dapat dibanteras.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan