Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang cedera, kancil masuk parit

6:17pm 13/02/2016 Leolerry Lajius 189 views Tempatan

bomba sedia berkhidmat

TAMBUNAN: Seorang penumpang cedera apabila terbabit dengan kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dan sebuah kenderaan 4×4 jenis Frontier yang berlaku di Jalan Raya Simpang Golf, di sini, pagi tadi.

Penumpang tersebut mengalami kecederaan selepas kancil yang dinaiki mangsa terbabas lalu masuk ke dalam parit di tepi jalan apabila bertembung dengan Frontier tersebut.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 8.24 pagi dan terus bergerak menuju ke lokasi kejadian dengan diketuai oleh PBKII Ishak Bin Abas bersama enam orang anggota.

Pasukan bomba membuat operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan RTA sehingga berjaya mengeluarkan mangsa dan seterusnya menghantar mangsa ke hospital.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 8.50 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan