Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang cedera, bas tersangkut besi saluran paip

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 34 tahun cedera di bahagian kepala apabila Bas yang dipandu mangsa terbabas di jalan Teluk Likas.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan mendapati kejadian adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu tersebut yang gagal mengawal kenderaan dengan baik.

“Siasatan awal di lokasi kejadian  mendapati kemalangan ini berlaku ketika kenderaan tersebut dari arah lampu isyarat Istiadat menghala ke arah lampu isyarat All Saint , apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan ini telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi saluran paip air menyebabkan kenderaan ini tersangkut pada besi saluran paip berkenaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

bass

 

Komen


Berita Berkaitan