Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang ahli perniagaan didakwa di mahkamah kerana memiliki syabu

2:45pm 04/11/2015 Dewiana Tinggolongon 34 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

                                                         Gambar Hiasan

KOTA KINABAU- Seorang  ahli Perniagaan dihadapkan di mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

 Tawimin Misluhoh, 68 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Indra Ayub atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan , tertuduh didakwa memiliki Methamphetamine sebanyak 34.43gram di jalan Tuaran pada 27 Ogos lalu.

Atas dakwaan itu, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama jika disabit bersalah.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 15 Disember ini sebagai  tarikh pengurusan kes berkenaan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan