Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sentuhan Psikologi Dan Kaunseling Sesuai Diterapkan Dalam Aspek Pendidikan

hamis samat

TAWAU– Sentuhan psikologi dan kaunseling sangat sesuai diterapkan bagi membangunkan minda rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Sehubungan itu, beliau berkata Program Jelajah Psikososial 6 (JP6) anjuran pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu diperluas ke setiap pelosok daerah di seluruh negeri Sabah.

“Saya difahamkan dalam program JP6 ini, sentuhan psikologi dan kaunseling yang diberikan adalah dalam aspek kepimpinan, pembangunan personaliti, Pengurusan Emosi, Kemahiran ‘Art as Therapy’, Lawatan ‘Sharing and Caring’  (untuk pesakit kronik) di samping Pemantapan Pembimbing Rakan Sekerja (Akrab).

“Oleh itu memang wajarlah program seumpama ini dilakukan secara berkala dan meluas ke pelosok daerah dan semua negeri,” katanya ketika merasmikan Program JP6 di Sekolah Menengah St. Patrick  di sini, Isnin.

Beliau berkata program JP6 itu juga bukan sahaja bermanfaat kepada warga KPM atau warga pendidik tetapi ia sangat diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat di negeri Sabah.

Pada masa sama, Hamisa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM kerana turun padang mendengar luahan dan rintihan warga pendidik.

“Saya berharap semua luahan warga pendidik dapat didengari dan disampaikan ke peringkat tertinggi di KPM untuk ditangani terutama dalam hal-hal prasarana serta masalah kebajikan guru,” katanya.

Program JP itu julung kali dilaksanakan pada 3-6 Dis 2012 bagi Zon Utara, dan selepas itu diteruskan dengan JP2 Zon Timur (Pahang dan Terengganu), JP3 Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor), JP4 Zon Sarawak, JP5 Zon Selatan 5-8 Mei (Negeri Sembilan, Melaka, Johor) dan kini Jelajah Psikosial 6 dilaksanakan di Sabah.

Fokus utama program itu untuk membantu warga KPM dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.

Matlamat Program Jelajah Psikososial itu adalah selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ke arah pembentukan murid-murid cemerlang dan guru terbilang.

Komen


Berita Berkaitan