Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Senjata Tajam Ditemui Ketika Lima Lelaki Leka Hisap Dadah Di Tawau

11:01pm 31/03/2016 Pak Roshan 1668 views Jenayah,Mutakhir
sumber foto : Facebook IPD Tawau

sumber foto : Facebook IPD Tawau

TAWAU : Pedang samurai, keris dan kapak antara senjata tajam ditemui polis ketika lima lelaki sedang asyik menghisap syabu di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini tengah hari semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Mustafa Kamal Mustafa berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah hari itu, lima lelaki itu berumur antara 25 hingga 61 tahun sedang asyik menghisap syabu di atas sofa dalam sebuah bilik di rumah itu.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas rumah itu mendapati satu bungkusan plastik lutsinar berisi hablur dipercayai syabu seberat 6.2 gram.

“Turut ditemui ialah empat pedang samurai, sebilah keris dan sebilah kapak,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Mustafa Kamal berkata lima lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan