Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seniman Mesir pertikai wahyu Nabi Ibrahim

seniman

Kaherah: Seorang penyair terkenal Mesir berdepan hukuman penjara tiga tahun berikutan tindakannya mengkritik amalan korban ketika Aidiladha.

Fatima Naoot (gambar) menggambarkan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim AS mengenai ibadah itu sebagai ‘mimpi ngeri.’

Pendapat sesatnya itu ditulis di akaun Facebooknya.

Dia yang dibicarakan sejak kelmarin menghadapi tuduhan menghina Islam dan mengganggu ketenteraman awam.

Fatimah bagaimanapun menafikan tuduhan itu, tetapi jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara antara enam bulan hingga tiga tahun.

Ditemui di mahkamah, Fatimah berkata, dia “tidak akan dikalahkan walaupun dipenjara.”

“Mangsa sebenar dalam kes ini ialah perkembangan kebudayaan,” katanya.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir, Gamal Eid berkata, kes Naoot tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah.

“Ini menunjukkan bahawa negara ini menutup mata terhadap penyokong pelampau agama,” katanya.

Jun lalu tiga wartawan al-Jazeera, Mohamed Fahmy, Baher Mohamed dan Peter Greste, dipenjara kerana berbohong untuk membantu Ikhwanul Muslimin – sebuah pertubuhan Islam yang kini dianggap pengganas oleh kerajaan Mesir. – AFP

Komen


Berita Berkaitan