Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seni visual mempunyai peranan penting- Yahya

7:17pm 05/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
YAHYA (bersongkok) melihat lukisan potret isterinya, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin yang merupakan cenderakenangan daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sambil diberi penerangan oleh Rosmadi (kanan) selepas beliau menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2016 peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan di Galeri Umum, Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU- Seni visual memainkan peranan penting terutamanya dalam dunia komersil, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Induatri Makanan Sabah berkata pelukis dan pengkarya perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.

“Pembangunan dalam industri seni visual seharusnya boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya,”katanya semasa berucap sempena majlis penyampaian Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2016 Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan kali ke-3, sini,hari ini.

Seramai 30 pemenang terpilih menerima sijil penghargaan dan wang tunai.

Yahya berkata program berkenaan bertujuan menggalakkan penglibatan para karyawan seni visual tempatan dan pencinta seni bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti karya seni visual tempatan.

“Saya juga bersyukur kerana dapat berkumpul pada hari ini untuk Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah Peringkat Pantai Barat Selatan 2016.

“Ramai pelajar- pelajar sekolah yang saya lihat terlibat dalam pertandingan ini. Ini menunjukkan kepekaan masyarakat kita terhadap seni visual telah berkembang,”katanya.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tan Sri Wences Angang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan