Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seni jahitan kreatif mampu jana pendapatan-Hamisa

10:15am 01/10/2016 Leolerry Lajius 44 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Kaum wanita digalakkan menceburi bidang seni jahitan atau anyaman kreatif yang dilihat mampu memberi pulangan lumayan kerana mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Pembantu Menteri Pembangunan sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, kaum hawa termasuk ibu tunggal, suri rumah,  pelajar kolej vokasional dan kolej komuniti patut memanfaatkan bidang itu untuk menjana pendapatan tambahan.

 

“Permintaan untuk membuat bakul anyaman mampu menjana pendapatan sekiranya kita kreaitf mempelbagaikan anyaman itu” katanya semasa Penutupan Kursus Kraf Kreatif Unit Pendidikan Kemahiran Kemas Sabah di Tawau.

 

Menurut Hamisa kemahiran yang diperoleh kelak akan memberi manfaat besar jika ia diamalkan dengan betul.

 

“Setiap kejayaan memerlukan usaha serta kebijaksanaan dan seorang wanita biar apa pun statusnya perlu produktif dalam meningkatkan pendapatan keluarga,”katanya.

Hamisa turut menyeru agar mereka menggunakan ilmu yang dipelajari untuk meningkatkan ekonomi keluarga, memanfaatkan peluang dan menguasai pelbagai kemahiran serta ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang jahitan serta kraf tangan bagi menjana pendapatan mereka.

 

“Hanya dengan memiliki kemahiran tersebut golongan  wanita akan lebih berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan sahaja Penguasaan pelbagai kemahiran membolehkan wanita menjana pendapatan tambahan sekali gus memperbaiki sosio ekonomi keluarga,” ujarnya./SayangSabah

Kenangan.....Hamisa bergambar ramai-ramai dengan 50 peserta kursus daripada Tawau dan Kalabakan anjuran Unit Pendidikan Kemahiran Kemas Sabah di Tawau.

Kenangan…..Hamisa bergambar ramai-ramai dengan 50 peserta kursus daripada Tawau dan Kalabakan anjuran Unit Pendidikan Kemahiran Kemas Sabah di Tawau.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan