Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Senaraikan premis “Kedai Harga Patut”

Jainab bersama pegawai KPDNKK semasa membuat tinjauan harga di Nabawan semalam.
Jainab bersama pegawai KPDNKK semasa membuat tinjauan harga di Nabawan semalam.

NABAWAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar menyenaraikan kedai dan premis perniagaan yang menjual barang pada harga munasabah sebagai kategori “kedai harga patut”.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, menerusi kategori tersebut ia dapat membantu pengguna memilih premis yang sesuai dengan harga berpatutan untuk membeli barangan keperluan.

“Pihak kementerian akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri untuk memantau premis yang menyediakan harga jualan berpatutan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau harga barang di pekan Nabawan dan Sook, di sini semalam.

Sementara itu, beliau meminta para peniaga khususnya di kawasan pedalaman agar melaporkan kepada KPDNKK jika ada pembekal dan pemborong yang menggunakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan menaikkan harga barang.

“Laporan itu penting bagi memastikan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pemborong dan pembekal yang menaikkan harga barangan sesuka hati,” katanya lagi.

Komen


Berita Berkaitan