Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Senarai Penipuan Syarikat Telco Yang Didedahkan PPIM

telco

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan pembekal syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada orang ramai yang memang menggunakan telefon bimbit sebagai satu keperluan ketika ini.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang  munasabah, ianya didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara hari ini.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

  • Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.
  • Kehilangan Kredit Pra-Bayar – Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.
  • Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
  • Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.
  • Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
  • Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
  • Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh syarikat TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa malahan ramai. –MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan