Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Senarai pengundi jadi ‘rokok’

10:31am 27/07/2016 Pak Roshan 9 views Global
NATTAWUT menunjukkan bagaimana dia mengoyakkan kertas senarai pengundi untuk dijadikan rokok.

NATTAWUT menunjukkan bagaimana dia mengoyakkan kertas senarai pengundi untuk dijadikan rokok.

Rayong (Thailand): Seorang lelaki ditangkap polis selepas dia mengoyak dan menggulung sekeping senarai pengundi sebelum menghisap kertas itu seperti rokok.

Tindakan lelaki itu dirakam kamera keselamatan di sebuah dewan bandar Map Ta Phut malam Jumaat lalu dan dia ditangkap pagi kelmarin.

Jurucakap polis, Khonsan Chaicharoensilp berkata, suspek yang dikenali sebagai Nattawut Boonma, 25, mengaku bersalah dan memberitahu dia mabuk ketika melakukan perbuatan itu.

Nattawut memberitahu polis, dia dan seorang rakannya minum arak pada petang Jumaat lalu dan pergi ke sebuah tali air di hadapan dewan itu untuk memancing ikan.

Apabila tiba di sana dia berasa mahu menghisap rokok, tetapi tidak mempunyai rokok.

Dia kemudian pergi ke dewan itu dan mengoyak sehelai kertas yang ditampal di papan kenyataan tanpa menyedari ia senarai daftar pengundi.

Katanya, dia tidak menyedari melanggar undang-undang sehinggalah beberapa anggota polis datang ke rumahnya untuk menahannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan