Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Senarai harga barang kawalan diumum hari ini

brgkawalan

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan senarai harga barang kawalan hari ini bagi menghadapi Ramadan beberapa hari lagi.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya mengenal pasti senarai barangan berkenaan dan akan mendedahkan harga berkenaan sebelum Ramadan.

“Kami ada senarai berkenaan termasuk harga kawalan, namun saya umumkan esok (hari ini) sebelum menjelang bulan Ramadan.

“Ia menjadi amalan kementerian untuk mengeluarkan senarai harga barang kawalan sebelum Ramadan bagi mengelakkan pihak tertentu sewenang-wenangnya memanipulasi harga barangan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Hasan berkata, pihaknya juga akan mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk menjalankan pemantauan harga di semua pasar termasuk bazar Ramadan.

Beliau berkata, pemantauan di bazar Ramadan juga bagi mengelakkan eksploitasi harga daripada peniaga sehingga menimbulkan masalah kepada pembeli.

“Kami sedar perkara itu dan langkah untuk mengawal isu berkenaan dibuat termasuk bekerjasama dengan beberapa pihak lain,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan