Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semua Taman Negara Diwarta Kawasan Bebas Rokok

MUSA bersama isteri, Datin Seri Faridah Tussin (lima dari kiri) dan Jainab (tiga dari kiri) bersama kepemimpinan Majlis Penasihat Wanita Sabah memotong kek sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Keningau. - Foto Francis Andin

MUSA bersama isteri, Datin Seri Faridah Tussin (lima dari kiri) dan Jainab (tiga dari kiri) bersama kepemimpinan Majlis Penasihat Wanita Sabah memotong kek sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Keningau. – Foto Francis Andin

KENINGAU: Kerajaan negeri sentiasa menghargai dan memberi pengiktirafan kepada golongan wanita di negeri ini, termasuk mereka yang tinggal di pedalaman menerusi Sambutan Hari Wanita yang dianjurkan secara bergilir di setiap daerah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata penggiliran sambutan Hari Wanita ke seluruh daerah memberi peluang wanita di peringkat akar umbi menyertainya.

Katanya, kerajaan negeri tiada halangan untuk wanita menjadi ketua dan panel membuat keputusan dalam pelbagai sektor, termasuk memegang jawatan utama.

“Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada wanita di negeri ini memegang jawatan tinggi berdasarkan sumbangan dan kecemerlangan ditunjukkan dalam tugas,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat Sabah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan;  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad serta Peguam Besar Sabah merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Mariati Robert.

Musa berkata, golongan wanita di negeri ini perlu terus berusaha dan mencapai kejayaan serta kecemerlangan dalam membantu memajukan negeri dan negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Tokoh Wanita Sabah 2016 iaitu Puan Sri Zainab Aman. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan