Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat – Wisma Putra

4:05pm 16/07/2016 Pak Roshan 100 views Global

bendera

KUALA LUMPUR – Sejumlah 260 rakyat Malaysia di Turki, termasuk 180 pelajar, dilaporkan selamat berikutan cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Ankara telahpun berhubung dengan semua rakyat Malaysia di negara itu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular berikutan cubaan rampasan kuasa itu boleh menghubungi kedutaan di talian +903124463547 atau +903124463548 atau menerusi e-mail di [email protected] untuk mendapatkan maklumat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menyediakan talian hotline 24 jam 03-88874570 bagi orang ramai mendapatkan perkembangan terkini.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Kedutaan Turki di Malaysia hari ini mengulangi bahawa kerajaan Presiden Erdogan masih berkuasa. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan