Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semua pihak perlu muhasabah diri demi survival UMNO

4:56pm 11/12/2015 Ann Vivien 22 views Nasional,Politik
aib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong

aib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong

KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengajak ahli parti supaya bermuhasabah diri dari semua peringkat, baik pimpinan atasan mahupun akar-umbi, demi kelangsungan perjuangan Umno.
Beliau berkata ia seiring dengan amanat Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Khamis, bertujuan memastikan Umno kekal mengurus tasdbir negara ini.
“Orang dalam parti ini tetap ada perjuangan dan tidak perlu lagi diungkit soal kesetiaan mereka. Harapan saya kita perlu bermuhasabah diri dari semua peringkat supaya Umno kekal mengurus tadbir negara,” katanya.
Jaujan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan berkata ucapan dasar Presiden pada perasmian itu lebih menjurus kepada visi dan sejarah kepimpinannya.
Yang penting, katanya, ahli parti berkehendakkan amanat berkaitan beberapa persoalan pokok untuk dijawab, termasuk berkaitan kos sara hidup yang tinggi, isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
“Harapan perwakilan tentunya mengenai halatuju yang dibawa oleh Umno untuk menangani isu semasa dan masa depannya, selain menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda parti bagi menangani apa jua persepsi yang timbul,” katanya.
Beliau berkata setiap ahli parti tentunya memahami tentang peranan masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, justeru adalah penting untuk ia dihayati oleh semua, termasuk pemimpin dan ahli.
Katanya, saranan Presiden mengenai pengukuhan solidariti hendaknya bermula daripada kepimpinan untuk menunjukkan teladan kepada akar-umbi.
“Jika semua pihak memahami hakikat ini, saya yakin Umno tetap kekal relevan sebagai wadah perjuangan membela nasib rakyat terbanyak,” katanya.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan