Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Semua pihak digesa kerjasama bantu mangsa banjir: Musa

Musa Aman (dua dari kiri, duduk) bertemu dengan mangsa banjir di Pusat Komuniti Beaufort. - foto JKM
Musa Aman (dua dari kiri, duduk) bertemu dengan mangsa banjir di Pusat Komuniti Beaufort. – foto JKM

BEAUFORT – Semua pihak digesa agar membantu menghulurkan segala bentuk bantuan kepada mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini bertujuan meringankan beban mereka yang dilanda musibah.

Gesaan itu diluahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, agar semua pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turun padang dan bekerjasama dalam membantu mereka terjejas banjir.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan semua pihak dalam membantu memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat, penyediaan penempatan mangsa banjir, bantuan manakakn dan keperluan lain,” katanya selepas melawat beberapa pusat pemindahan banjir di Beaufort, Membakut dan Sipitang, hari ini.

Musa berkata, walaupun keadaan adalah terkawal, kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi akan sentiasa memantau keadaan banjir yang berlaku di negeri ini.

Justeru, beliau meminta kepada rakyat agar tidak panik dan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak yang berkenaan mengenai masalah banjir ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan