Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semua Negeri Perlu Larang Penggunaan Polisterin – NGO

10:48am 21/04/2016 Pak Roshan 244 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua negeri bukan sekadar Johor dan Perak perlu melarang penggunaan bahan polisterin, kata Pengerusi NGO Kumpulan Alam Sekitar Malaysia (MENGO), Yasmin Rasyid.

Beliau berkata langkah itu akan memastikan keberkesanan sepenuhnya dalam menghindari penggunaan polisterin terutama sebagai bekas makanan yang bahan itu merupakan pencemar kepada alam sekitar.

Larangan di Perak termasuk penggunaan plastik akan berkuat kuasa pada Jun tahun depan sementara Johor dijangka mengumumkan tarikh pelaksanaannya pada penghujung tahun ini.

Dalam kaitan dengan isu yang sama, Perlis pernah dilapor melarang penggunaan kertas bercetak seperti surat khabar untuk membungkus makanan.

Malah Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menjadi organisasi dan universiti awam pertama untuk tidak menggunakan bahan polisterin termasuk sebagai bekas makanan dalam kalangan warga kampusnya.

Namun kurang diuar-uarkan mengenai kejayaan langkah USM itu sejak sekian lama.

“Semakin cepat larangan dikuat kuasa, semakin cepat kesan kepada alam sekitar dapat dihindarkan. Namun larangannya jangan hanya sekadar cakap kosong, Kita mahu lihat bukti berkesan pelaksanaannya,” kata Yasmin.

Beliau berkata sikap masyarakat untuk menerima larangan tersebut perlu turut ditekan dan disemai.

“Manusia sukar berubah dalam masa singkat untuk menerima perkara baharu. Ia perlu disusuli dengan langkah-langkah penerangan dan mendidik,” tambahnya.

Dari sudut lain, Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh berkata pihak berkaitan misalnya penjual makanan dan pemilik restoran jangan mengambil kesempatan mengenakan harga lebih tinggi dengan penggantian bekas makanan jenis lain.

“Bahan lain bukan mahal sangat. Malah boleh digalakkan penggunaan bekas makanan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan