Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Semua Kaunter Pasport UTC Tutup Sempena Aidiladha

utc

KUALA LUMPUR – Semua kaunter pasport Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jabatan Imigresen akan ditutup selama tiga hari bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan media berkata, kaunter terbabit akan ditutup dari 10 hingga 12 September 2016.

“Semua kaunter UTC akan beroperasi seperti biasa pada 13 September 2016,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kaunter pasport di UTC Kedah, Kelantan dan Terengganu pula tidak akan beroperasi selama empat hari.

Kata kenyataan itu, penutupan sementara itu bemrula 10 hingga 13 September dan akan kembali beroperasi pada 14 September 2016.

Komen


Berita Berkaitan