Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semua Anggota Polis Perlu Pertingkatkan Integriti – Pesuruhjaya Polis Sabah

9:56am 06/06/2014 Pak Roshan 114 views Tawau,Tempatan

polis

TAWAU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib meminta semua anggota dan pegawai polis di negeri ini mempertingkatkan integriti dan menghayati kehendak dan pelaksanaan yang terkandung di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Beliau berkata nilai positif dalam kalangan anggota dan pegawai polis juga perlu terus dipupuk tanpa mengenal rasa penat atau jemu.

“Kita harus melafazkan kembali ikrar kita terhadap nilai-nilai murni yang telah lama kita cuba amalkan iaitu bersih, cekap, amanah, dedikasi dan ikhlas.

“Integriti dan nilai etika dalam perkhidmatan awam khasnya anggota polis perlu ditingkatkan kerana ia boleh mengelakkan diri daripada terjebak dengan perbuatan rasuah,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Tolak Rasuah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah Zon Pantai Timur di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah.

Hamza berkata, etika dan nilai moral yang baik merupakan prasyarat dalam usaha mewujudkan perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan boleh dipercayai.

“Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan integriti dan membanteras rasuah adalah satu perjuangan yang murni, kita harus ingat bahawa perjuangan kita sekarang menentukan masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan