Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semporna jadi tuan rumah persidangan antarabangsa mengenai masyarakat Bajau

4:43pm 08/04/2016 Leolerry Lajius 921 views Tempatan,Warisan Budaya
Prof. Jacqueline (tiga dari kiri) Sintiong (empat dari kiri) dan Prof. Anis (lima dari kiri) mengambil gambar selepas sidang media tersebut.

Prof. Jacqueline (tiga dari kiri) Sintiong (empat dari kiri) dan Prof. Anis (lima dari kiri) mengambil gambar selepas sidang media tersebut.

KOTA KINABALU: Satu persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Bajau/Sama Diaspora and Maritime Southeast Asian Cultures’ akan diadakan di Muzium Tun Sakaran Semporna pada 19 hingga 23 April nanti.

Menurut Pengarah Muzium Sabah Sintiong Gelet, antara objektif persidangan ini adalah untuk memartabatkan Muzium Tun Sakaran sebagai pusat kajian dan penyelidikan mengenai masyarakat bajau serta galakkan kepada para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan berkenaan dengan masyarakat ini.

“Dalam persidangan ini, pembentang kertas kerja akan melibatkan pelbagai institusi dari dalam dan luar negara dan masyarakat yang dijemput dalam persidangan ini juga terdiri dari masyarakat yang pelbagai latar belakang, “katanya ketika sidang media mengenai persidangan itu di Muzium Sabah, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC) Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor, seramai 11 orang pembentang dari luar negara dan 11 orang dari dalam negara yang akan membentangkan kertas kerja dalam persidangan tersebut.

“Istimewanya persidangan ini adalah, selepas enam atau lapan bulan persidangan ini, hasil kertas kerja yang dibentangkan akan dibukukan selepas ia diperhalusi agar boleh dijadikan sebagai rujukan.”

“Melalui persidangan ini ia juga akan dapat mengangkat Muzium Tun Sakaran sebagai pusat penyelidikan dan dalam masa yang sama muzium ini juga akan dijadikan sebagai tempat menyimpan barang-barang yang telah dikumpulkan sejak kajian yang telah dibuat 50 tahun yang lalu,”katanya.

Menurut Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, antara aspek yang akan diketengahkan dalam persidangan ini adalah migrasi, politik, ritual, muzik dan kebudayaan serta bahasa masyarakat Bajau/Sama.

“Persidangan ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat Bajau di Sabah tetapi ia juga memberikan manfaat kepada masyarakatnya di seluruh rantau Asia Tenggara,”katanya.

Peserta yang menyertai persidangan tersebut bukan sahaja setakat mendengar pembentangan kertas kerja tetapi juga akan berpeluang melihat kebudayaan masyarakat Bajau di Semporna di samping dapat melihat sendiri kemeriahan Pesta Regatta Lepa yang dianjurkan buat kali ke 23 pada tahun ini.

Yuran penyertaan untuk menyertai persidangan ini adalah RM400.00 bagi orang awam dan RM150.00 bagi pelajar dan penyertaan adalah terhad kepada 200 orang sahaja. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

IMG-20160408-WA0001

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan