Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sempat bergambar selfie selepas ditetak

selfie

MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh

seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima

rawatan, lapor MailOnline kelmarin.

Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah

sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.

Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek

berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.

“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada

beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.

“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat

saya,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan