Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEMINAR PELESTARIAN ADAT ORANG ASAL MALAYSIA PADA 20 SEPTEMBER

KOTA KINABALU: Satu seminar tentang Pelestarian Adat Orang Asal (Indigenous Peoples) Malaysia bagi mencari hasil penyelidikan dan penulisan para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan dengan adat yang dapat melonjakkan peradaban masyarakat Orang Asal akan diadakan pada 20 September ini.

Ia juga bertujuan untuk membina repositori dan wadah tentang adat masyarakat Orang Asal yang merupakan khazanah bangsa, seminar ini dianjurkan oleh Komulakan Upko Tuaran dengan kerjasama Fakulti Bahasa & Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris serta Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Menurut pengerusi penganjur, Rayner Ebi seminar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan adat masayarakat Orang Asal serta mengimarahkannya agar terus lestari dalam arus globalisasi.

Pengerusi penganjur bersama, Rayner Ebi. Gambar Fail SNT

Menurut beliau majlis pembukaan seminar yang akan diadakan di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri, Penampang akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick manakala perasmian penutupan akan disempurnakan pula oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pengerusi penganjur bersama, Dr Rosliah Kiting. Gambar Fail SNT

Sementara itu, pengerusi bersama Dr Rosliah Kiting berkata seramai 200 peserta dijangka menyertai seminar tersebut dengan keutamaan kepada Ketua Etnik, Ketua Daerah dan wakil setiap Persatuan Orang Asal.

Para pembentang didatangkan khas daripada dalam dan luar negara dalam seminar yang bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang itu.

Dr Rosliah berkata, bagi sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan beliau di talian 013-8761011, Rayner Ebi (013-8515337) atau Joel Jeffery (013-8999667).-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan