Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seminar Khat Islami Nusantara Membakut memperkasa tulisan Khat

5:22pm 10/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 37 views Tempatan

KOTA KINABALU- Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif telah merasmikan Seminar Khat Islami Nusantara Membakut telah diadakan bersempena dengan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara ke lima Membakut, di sini.

Dalam ucapan perasmiannya di Dewan Saadah Wisma Muis hari ini, Arifin telah mengumumkan pembinaan perpustakaan Islam negeri Sabah yang bakal didirikan di kawasan Masjid Negeri Sabah.

“Kita adakan di tapak berdekatan dengan Masjid Negeri Sabah… Dalam masa terdekat ini kita akan mengadakan upacara pecah tanah, tahun ini,” ulasnya lebih lanjut semasa ditemui media.
Menurutnya, pembinaan perpustakaan tersebut merupakan salah satu usaha dalam memperkasakan jawi dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, “Tujuannya tidak lain seminar ini adalah untuk mengembalikan kegemilangan seni khat Islam ini disamping untuk mendekatkan kita dengan nilai-nilai penulisan termasuk kaligrafi serta tulisan jawi yang lama kita lupakan”.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Mohamad Sidik Awang Adi berkata, para peminat seni khat mengharapkan program sebegini menjadi salah satu produk dakwah dan kesenian bagi negeri ini.

Jelasnya, “Objektif seminar yang bertemakan ‘Memaknakan Seni Khat Warisan Islam’ antara lain adalah untuk memberi kesedaran masyarakat akan kepentingan seni khat

dalam kehidupan. -Syafathin M. Y./SayangSabah.

 

WP_20160510_008

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan