Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sembunyi diesel dan petrol berasingan elak dikesan penguatkuasa

7:53pm 12/02/2016 Ann Vivien 16 views Jenayah,Mutakhir

mmea

TAWAU: Tindakan seorang lelaki warga Indonesia, 26, yang menyembunyikan sejumlah diesel dan petrol di ruangan berasingan di dalam jongkongnya, gagal mengaburi mata penguatkuasa apabila ditahan di perairan Tanjung Batu pada petang Khamis.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah, ACP Mohammad Madun hari ini berkata, lelaki berkenaan ditangkap bersama 810 liter minyak diesel, 360 liter minyak petrol serta 39 unit gelen 10 liter kerana gagal menunjukkan dokumen berkaitan.

Menurutnya, dalam kejadian jam 5 petang itu, suspek berjaya dikesan lalu ditahan untuk diperiksa oleh pasukannya yang sedang menjalankan tugasan Ops Paradise ketika jongkong tersebut sedang bergerak menuju ke Sungai Hj Kuning iaitu di sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kesemua barang kawalan tersebut yang bernilai RM28, 484.00, termasuk harga jongkong dan enjin, disembunyikan di kawasan berasingan dalam bot itu, dipercayai bertujuan untuk menyukarkan pasukan penguatkuasa mengesannya,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan