Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sembilan lagi ditahan bantu kes bunuh pelajar

Douglas Nyeging Taong.
Douglas Nyeging Taong.

KENINGAU –  Sembilan orang lagi ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh pelajar  perempuan  kolej dari Kampung Durok Keningau, yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas wanita tingkat dua Pejabat Daerah di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi pada 23 Februari lalu.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Douglas Taong berkata, penahanan sembilan orang itu menjadikan seramai 12 orang ditahan setakat ini, iaitu lapan lelaki, seorang daripadanya adalah rakan mangsa, dan empat perempuan.
“Kita berharap itu dapat membantu siasatan berhubung kes bunuh pelajar kolej itu. Polis yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Pada 23 Februari lalu, mangsa Sairah Fitri Tifanus 20, seorang pelajar Kolej Saito Petaling Jaya, Selangor, sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau sejak 12 Januari 2015 sehingga 6 Mac 2015 ini ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa disahkan mati dibunuh selepas bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu menemui dua kesan tikaman, satu dibahagian tulang selangka kanan yang mencederakan otot leher dan saluran darah sebelah kanan dan yang satu lagi tikaman mencederakan tulang rusuk satu dan dua kanan bahagian depan, saluran darah dan saluran
pernafasan dan tulang rusuk empat bahagian belakang. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

IMBAS… Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau.
IMBAS… Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau.

Komen


Berita Berkaitan