Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sembilan Rumah Dikesan Sambung Air Paip Secara Haram Di Kinabatangan

SANDAKAN : Jabatan Air Negeri Sabah mengesan sembilan rumah melakukan penyambungan air paip secara haram dalam operasi di dua kampung di Kinabatangan pada Isnin lepas dan semalam.

Penolong Jurutera Air Bahagian Sandakan jabatan itu Richard Lee berkata tujuh daripadanya dikenakan denda RM100 setiap premis dan dua lagi didenda RM200 setiap premis.

Penyambungan bekalan air paip secara haram itu menyebabkan Jabatan Air menghadapi masalah tiada pendapatan air yang tinggi dan menyebabkan ada beberapa kawasan yang mengalami tekanan air rendah, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya operasi pertama pada 11 pagi Isnin lepas di Kampung Buang Sayang telah mengesan enam rumah melakukan penyambungan bekalan air paip secara haram termasuk sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin.

Katanya empat premis didenda RM100 bagi setiap satu di bawah Seksyen 49(b) dan Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Dua lagi premis masing-masing didenda RM200 di bawah Seksyen 49(b) dan 49(e) enakmen sama.

Richard berkata operasi kedua di Kampung Jaya Baru pada 10.15 pagi semalam mengesan tiga rumah melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata pemilik premis tersebut masing-masing didenda RM100.

Menurutnya orang ramai diminta memberikan kerjasama memaklumkan kes penyambungan air paip haram atau kebocoran paip air dengan melaporkan kepada Jabatan Air Kota Kinabatangan di nombor 089561970.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan