Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sembilan peniaga dikesan gagal patuhi peraturan GST

rps20150403_195742

KOTA KINABALU – Sehingga hari ini sebanyak 5,518 premis perniagaan di negeri ini telah diperiksa oleh pihak berkuasa bagi mengesan peniaga yang gagal mematuhi peraturan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa 1 April lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Severinus Tukah berkata antara premis perniagaan yang diperiksa dalam Ops Catut-GST termasuk pemborong, pasaraya, kedai runcit, restoran, pasar malam dan pasar basah.

“Hasil pemeriksaan itu, sebanyak sembilan peniaga diberikan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, selepas didapati menaikkan harga jualan produk dan perkhidmatan tanpa alasan munasabah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi iaitu tujuh kes. Manakala, Sandakan dan Keningau masing-masing mencatat satu kes.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak tujuh kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dicatatkan dalam pemeriksaan yang dijalankan secara bersepadu oleh KPDNKK Sabah dengan Jabatan Kastam

Sementara itu, 1,096 premis diperiksa pada hari kelima pelaksanaan GST menyaksikan satu Notis 21 diberikan kepada seorang peniaga di sebuah pasaraya di sini semalam.

Peniaga terbabit perlu melengkap maklumat di dalam notis tersebut berserta bukti sokongan, sebelum dikembalikan kepada pejabat KPDNKK dalam masa tiga hari bekerja, katanya.

“Peniaga individu gagal atau enggan memberikan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh KPDNKK, boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” tambah beliau.

Dalam pada itu, dua peniaga di Tuaran dan Kota Kinabalu dikenakan tindakan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.
Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Peniaga tidak seharusnya menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk mengaut untung berlebihan,” katanya lagi.

Orang ramai terutama para pengguna yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau hadir di pejabat dan cawangan KPDNKK di seluruh negeri.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan