Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sembilan Kampung Di Pitas Terjejas Banjir

KOTA KINABALU, 11 JAN – Sembilan kampung di Daerah Kecil Pitas, kira-kira 180 kilometer dari sini, terjejas banjir ekoran hujan berterusan sejak petang semalam.

Kampung terlibat adalah Kampung Rukom Ulu, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Sibaung, Kampung Kebatasan Laut, Kampung Sulakolung Kanibongan, kampung Kutoyon Kanibongan, Kampung Masin Besar Kanibongan, Kampung Kanibongan dan Kampung Mandamai.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kampung Rokum Ulu iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum dan proses pendaftaran mangsa kini masih berjalan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata empat sekolah ditutup ekoran terjejas banjir melibatkan 600 pelajar dan 64 guru.

Sekolah yang terlibat adalah SK Kanibongan, SK Dallass, SK Kusilad dan SK Sosop.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan