Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sembilan jam tawan tiga bukit

Seramai 45 peserta menikmati suasana di Bukit Sosodikon.
KUNDASANG : Seramai 45 peserta Multipeak Adventure Kundasang melalukan aktiviti lasak iaitu dalam tempoh sehari iaitu menawan tiga bukit dan mengikuti permainan ‘flying fox’.
 
Antara bukit yang berjaya dinaiki oleh peserta tersebut ialah Bukit Sosodikon (1.4 km), Bukit Lugas (1.2 km) dan Bukit Piramid (500 meter). Seterusnya, peserta turut berkesempatan mengikuti flying fox di Flying Fox Kundasang Mount Valley Recreation.
 
Menurut  ketua penganjur terlibat, Azlie Donald, 35, program ini berjalan selama sembilan jam bermula dari 9 pagi sehingga 6 petang.
 
“ Keadaan para peserta secara keseluruhannya dalam keadaan baik dan masih cergas, namun ada juga yang mengalami kecederaan ketika turun bukit,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.
 
Katanya lagi, peserta yang terlibat ada juga datang dari Kuala Lumpur dan sekitar dalam Sabah. Program ini merupakan anjuran daripada Xtreme Adventure di bawah naungan Persatuan Nulu Tinorindak Kundasang.
 
“ Program ini turut mendapat kerjasama daripada Gansau-Gansau Team Hiking dan Sabah Trek Series (STS) bagi membantu serta memberi semangat moral kepada peserta,” kata Azli juga merupakan pengerusi persatuan tersebut.
 
Tambah beliau, pada bulan April nanti, persatuan ini akan menganjurkan program seperti ini bagi menarik lagi  pelancong-pelancong untuk membuat pelbagai aktiviti rekreasi di sini./SayangSabah
BERJAYA… Akhirnya berjaya menawan tiga bukit dalam sehari.

Komen


Berita Berkaitan