Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sembah silap patung

9:14am 08/04/2016 Pak Roshan 10 views Global
WANITA berkenaan dilihat menyembah patung itu. Gambar kanan, patung Garen.

WANITA berkenaan dilihat menyembah patung itu. Gambar kanan, patung Garen.

Beijing: Seorang wanita tua dilihat menyembah sebuah patung yang disangkanya patung dewa tanpa menyedari ia sebenarnya patung watak adiwira dalam permainan Internet.

Gambar yang dirakam di luar sebuah kafe Internet menunjukkan wanita itu melutut, menyembah dan membakar colok di hadapan patung yang dikatakan menyerupai Dewa Guan, jeneral China ketika pemerintahan Tiga Kerajaan yang diabadikan dalam sebuah buku paling terkenal China sebelum dinobatkan menjadi dewa.

Bagaimanapun, patung itu sebenarnya ialah Garen, panglima tentera dalam satu permainan Internet yang dikenali sebagai Liga Legenda. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan