Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semangkuk mi RM1,140

9:43am 30/04/2016 Pak Roshan 35 views Global
WANG menunjukkan mi yang dijualnya dengan hjarga RM1,140.

WANG menunjukkan mi yang dijualnya dengan hjarga RM1,140.

Beijing: Seorang peniaga di Taiwan menjanjikan hidangan mi daging paling sedap di dunia dengan harga £200 (RM1,140) menggunakan resipi rahsianya yang diamalkan sejak 26 tahun lalu.

People’s Daily Online melaporkan, peniaga dikenali sebagai Wang dari wilayah Shaanxi itu menjalankan restoran Niu Ba Ba – bererti ‘bapa lembu’ – yang sebenarnya premis kecil dan ringkas.

Namun sesiapa yang ingin menjamu selera di situ masih perlu membuat tempahan kerana ia sering penuh walaupun harga makanan ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Wang mula berniaga pada 1990 dan perniagaannya mendapat sambutan baik sehingga menjadi popular selepas lima tahun.

Dia kemudian mencari kaedah terbaik untuk menjadikan lauk daging dihidangkannya lebih lazat.

Kini resipinya hanya menggunakan daging lembu dari Jepun, Australia dan Brazil bagi mengekalkan rasa unik dan hebat hidangannya.

Dia juga cerewet dengan cara daging dipotong kerana menganggap rasa dihasilkan amat bergantung kepada potongan daging.

Katanya, ilmunya kini diturunkan kepada anak lelakinya.

“Sejak usia 40 tahun saya lebih memfokuskan untuk membuat mi daging yang hebat.

“Saya mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Sasaran saya untuk menghasilkan mi daging terbaik dunia,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan