Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semangat ukhuwah dan perpaduan perlu sentiasa dijiwai oleh masyarakat

4:09pm 21/01/2016 Leolerry Lajius 90 views Tempatan
Syed Abas menyertai perarakan Maulidur Rasul bersama-sama dengan masyarakat Kampung Ranggu, Tawau.

Syed Abas menyertai perarakan Maulidur Rasul bersama-sama dengan masyarakat Kampung Ranggu, Tawau.

TAWAU: Semangat ukhuwah dan perpaduan perlu sentiasa dijiwai dan disemarakkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, semangat itu penting bagi mewujudkan keadaan yang lebih aman dan harmoni untuk mencapai kemajuan dan kejayaan yang lebih bemakna dalam pelbagai aspek kehidupan.

Beliau berkata Maulidur Rasul yang disambut dan diraikan setiap tahun,  hendaklah dijadikan sebagai momentum untuk mempertingkatkan lagi gerak langkah kearah cara hidup yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Tambah beliau, masyarakat juga perlu bangkit dalam konteks pemikiran atau pembangunan minda, pembangunan iman atau akidah, pembangunan jiwa atau hati, pembangunan sikap atau akhlak, pembangunan ilmu dan keintelektualan, pembangunan kesatuan hati dan perasaan dalaman umat.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Ranggu, Tawau serta merasmikan Masjid Ummu Bariah yang dihadiri kira-kira 800 orang pengunjung.

Menurut Abas yang juga Adun Balung, kerajaan sentiasa melakukan pelaburan besar untuk memperkasahkan pendidikan di semua peringkat disamping memberi penekanan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Pelaburan dalam bidang pendidikan sememangnya berbaloi untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama bagi menggerakkan pembangunan yang lebih holistik dalam menjana ummah gemilang.

“Selaras dengan hasrat mencapai negara maju menjelang tahun 2020, maka amatlah tepat dan kena pada masanya bagi umat islam di negeri ini terutamanya kepimpinan masyarakat bahkan seluruh umat mengorak langkah yang sewajarnya serta membina kembali nilai-nilai peradaban yang unggul di samping menghapuskan semua gejala yang boleh merosakkan umat dan tamadun,” jelasnya.-Oleh Leolerry lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan