Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Semangat toleransi kunci kemakmuran

Ariffin Mohd. Arif (empat dari kanan) dan Ping (lima dari kanan) mempamerkan banting yang memaparkan huruf kaligrafi cina 'Fu' yang membawa maksud kekayaan sebagai simbolik perasmian rumah terbuka itu. - foto Aryan De Vera
Ariffin Mohd. Arif (empat dari kanan) dan Ping (lima dari kanan) mempamerkan banting yang memaparkan huruf kaligrafi cina ‘Fu’ yang membawa maksud kekayaan sebagai simbolik perasmian rumah terbuka itu. – foto Aryan De Vera

MEMBAKUT – Keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum memaparkan keunikan dimiliki negeri ini  yang telah diangkat sebagai contoh terbaik dalam usaha mengekalkan hubungan baik sesama rakyat di Malaysia.

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Arifin Mohd. Arif berkata, kunci kepada kemakmuran adalah semangat toleransi yang telah menjadi teras kepada kehidupan seluruh rakyat di Sabah.

“Nilai murni ini menjadikan Sabah istimewa walaupun mempunyai lebih 37 etnik yang menganut pelbagai kepercayaan, namun kami sentiasa menghormati budaya serta sensitiviti penganut agama lain.

“Kelebihan ini juga telah mengangkat Sabah sebagai contoh terbaik bagi aspek kehidupan bermasyarakat di negara ini,” katanya yang turut berharap keharmonian dan kemakmuran itu terus dikekalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pengerusi Persatuan Sino Kadazan, Dusun, Murut (PSKDM), Datuk Teo Cheng Ping di kediamannya di Pekan Membakut Lama, di sini hari ini,

Kira-kira 2,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum serta agama turut mengunjungi rumah terbuka itu, malah ada yang datang dari beberapa daerah di seluruh negeri ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan