Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semangat perpaduan perlu dipupuk di kalangan pelajar

3:56pm 30/07/2016 Leolerry Lajius 66 views Tempatan
Mohd Fadzlee (lima dari kanan) bersama Guru besar dan jemputan lain ketika menyampaikan duit raya kepada para pelajar sempana majlis tersebut.

Mohd Fadzlee (lima dari kanan) bersama Guru besar dan jemputan lain ketika menyampaikan duit raya kepada para pelajar sempana majlis tersebut.

KUALA PENYU: Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, menyedari hakikat ini semua pihak perlu memainkan peranan bagi mempastikan tahap perpaduan di negara ini sentiasa terperlihara tanpa digugat oleh pelbagai elemen negatif yang boleh menjejaskan penghayatan rakyat terhadap prinsip-prinsip rukun negara.

Menurut beliau sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah terbaik untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, dan  pelbagai program yang boleh mewujudkan suasana harmoni dan semangat toleransi.

“ Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka” katanya ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri di Sk Temporong dekat sini kemarin, mewakil Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Alisanih.

Mohd Fadzlee (duduk empat dari kanan) bersama Guru Besar sk Temporong dan jemputan lain menjemu selera sempana majlis tersebut.

Mohd Fadzlee (duduk empat dari kanan) bersama Guru Besar sk Temporong dan jemputan lain menjemu selera sempana majlis tersebut.

Hadir sama Guru Besar Sk Temporong  Mariyana Said, Yang Dipertua PIBG Sk Temporong Rosli Numan ,barisan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort, guru-guru serta  pelajar di sekolah tersebut.

Menurut Haji Mohd Fadzlee yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Umno bahagian Beaufort   Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah  yang perlu dipergiatkan serta di pertingkatkan di setiap sekolah agar semangat perpaduan sentiasa dilestarikan terutamanya di kalangan pelajar.

“ Pelajar perlu  dilibatkan dalam aktiviti di luar sistem akademik pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform dimana  usaha ini boleh   mengukuhkan perpaduan dan integrasi  kaum di kalangan masyarakat termasuk pelajar,”katanya.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru agar semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasama antara satu sama lain./SayangSabah

Mohd Fadzlee (tengah) bersama rombongan mengabadikan gambar kenangan sempena majlis tersebut.

Mohd Fadzlee (tengah) bersama rombongan mengabadikan gambar kenangan sempena majlis tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan