Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Semangat juang tinggi cetus kebangkitan Sabah

PENGURUS Pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Pengurus Sabah, Datuk Juil Nuatim memuji semangat juang pasukan itu apabila berjaya mengatasi MIFA walaupun ketinggalan dua gol pada aksi liga di Stadium Likas, malam tadi.

Katanya, tindak balas diberikan pemain begitu baik terutama di separuh masa kedua sehingga mereka meledak dua gol, sekali gus memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2.

“Apabila kami ketinggalan dua gol, saya nampak semangat melawan pemain tidak hilang, mereka begitu bersungguh-sungguh dan ternyata usaha mereka berbaloi.

“Kemenangan ini juga sangat bermakna buat kami kerana selain disaksikan penyokong sendiri, peluang kami untuk terus bersaing bagi merebut tempat ke Piala Malaysia dan mungkin juga untuk layak ke Liga Super juga masih ada sinar ,” katanya ketika dihubungi selepas perlawanan itu, malam tadi.

Sementara itu, Juil berkata gandingan dua penyerang import pasukan berkenaan iaitu Hector Omar Ramos dan Rodoljub Paunovic sudah semakin serasi dan percaya dua pemain itu akan terus menyumbangkan gol buat pasukan pada aksi akan datang.

“Walaupun ini baru perlawanan kedua Paunovic bergandingan dengan Ramos, keserasian mereka sudah boleh dilihat dan saya harap gandingan mereka akan terus memberi impak kepada pasukan,” katanya.

Pada aksi malam tadi, Sabah dikejutkan dengan dua jaringan penyerang import MIFA, Kpah Sean Sherman di babak pertama iaitu pada minit ke-17 dan ke-33 sebelum Rawilson Batuil merapatkan jurang pada minit ke-36.

Kesungguhan ditunjukkan para pemain Sang Badak di separuh masa kedua kemudian membuahkan hasil apabila berjaya memperolehi dua gol menerusi Hamran Peter (minit ke-50) dan Hector Omar Ramos (minit ke-83), sekali gus memenangi perlawanan itu.

Dengan kemenangan itu, Sabah kekal di tangga kelima liga dengan 21 mata hasil daripada lima kemenangan, enam seri dan empat kekalahan. – Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan