Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semakin dingin

12:08pm 26/01/2016 Pak Roshan 11 views Global
dingin

SEKUMPULAN murid di sebuah sekolah rendah di Korat yang memakai baju sejuk memanaskan badan sebelum masuk ke kelas, kelmarin.

Bangkok: Jabatan Meteorologi Thailand semalam memberi amaran beberapa wilayah di utara negara itu bakal berdepan dengan cuaca yang lebih sejuk.

Zon udara bertekanan tinggi yang kuat dari China masih meliputi keseluruhan bahagian utara Thailand dengan menyebabkan ribut petir dan angin kuat di setengah kawasan.

Faktor itu menyebabkan cuaca sejuk sementara di bahagian berkenaan dijangka semakin buruk dengan suhu menurun 2 hingga 4 darjah Celsius semalam dan hari ini.

Suhu minimum di utara Thailand dijangka mencecah 8 hingga 14 darjah Celsius manakala bahagian tengah dan timur mencecah 16 hingga 18 darjah Celsius.

Di Bangkok dan kawasan berhampiran, suhu dijangka jatuh mencecah 16 hingga 18 darjah Celsius.

Daerah Sakon Nakhon di timur laut Thailand, suhu jatuh hingga 8 darjah Celsius kelmarin.

Penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan Phu Phan terpaksa membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka dan haiwan ternakan.

Banyak haiwan ternakan dilaporkan mati akibat cuaca sejuk berkenaan.

Seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui mati di rumahnya di Kok Somhong di Sakon Nakhon pada pagi kelmarin.

Dia ditemui terbaring berhampiran sebuah dapur api.

Di wilayah Surin pula, suhu pada waktu malam mencecah 12 hingga 14 darjah Celsius, yang terendah dalam tempoh satu dekad.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan