Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semakan terhadap MA63 harus dilakukan berdasarkan Kerajaan kepada Kerajaan

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri berpendapat bahawa apa-apa semakan terhadap hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan haruslah dilakukan berdasarkan Kerajaan kepada Kerajaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa HajI Aman berkata, menyentuh mengenai perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan di mana sebelum Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 27 Ogos 1976, Seksyen 4 Akta Malaysia (No.26 tahun 1963) dan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan perkara yang sama.

Sebelum pindaan pada tahun 1976, perkara 1(2) negeri-negeri dalam persekutuan adalah (a) negeri-negeri Malaya, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu; dan (b) Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak; dan (c) Negeri Singapura.

Dalam pindaan pada tahun 1976, Perkara 1(2) yang ada sekarang adalah Negeri-negeri Persekutuan adalah terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

“Sehubungan dengan itu, sama ada Kerajaan Negeri Sabah berhasrat untuk mengekalkan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan atau mengembalikan peruntukan asal seperti di dalam Perjanjian Malaysia, ia tidak menggambarkan apa-apa perbezaan kerana negeri Sabah masih dirujuk sebagai sebuah negeri di dalam persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bingkor Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan yang bertanya apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang mengembalikan status Sabah dan Sarawak di dalam Article 1(2) Perlembagaan Malaysia kepada yang asal.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, yang bertanya sama ada adakah kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk membincangkan tuntutan mengenai hak Sabah.

Musa berkata, bahawa kerajaan sentiasa bersedia  bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk membincangkan perkara ini bagi mencapai kesepekatan bersama.

“Kita sentiasa mengalu-alukan penglibatan pembangkang dalam membincangkan perkara ini dan ia juga sudah terbukti melalui MySabah yang turut melibatkan pihak pembangkang,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan