Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Semak semula senarai golongan miskin dalam sistem e- Kasih- Samsudin

3:23pm 02/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 357 views Tempatan
BANTUAN....Samsudin bersama penduduk kampung yang menerima 20kg kampit beras dalam Program MyBeras.

BANTUAN….Samsudin bersama penduduk kampung yang menerima 20kg kampit beras dalam Program MyBeras.

SANDAKAN- Senarai golongan miskin dalam sistem e- Kasih disemak semula dan dibuat pengesahan agar bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang benar- benar memerlukan, kata Wakil Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata terdapat banyak aduan mengenai kesilapan dalam sistem itu sehingga terdapat sesetengah individu yang tidak layak namun tetap menerima bantuan tersebut.

“Senarai yang ada perlu diperhalusi dan melalui proses pemutihan…dalam keadaan ini kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sehingga menyebabkan ada mereka yang layak tercicir. Jangan sampai perkara ini menjadi masalah besar kepada kerajaan,” katanya

Katanya, proses pemutihan itu perlu dilakukan segera berikutan aduan dan rungutan daripada orang ramai yang mengatakan sistem e-Kasih tidak merangkumi kesemua mereka yang benar-benar layak.

Beliau berkata demkian semasa menyampaikan Program MyBeras kepada 363 penerima E-kasih dalam Dun Sekong di Dewan PPR, Batu Sapi, Sandakan kelmarin.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi meminta agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Majlis daerah, Majlis Perbandaraan dan perjabat-pejabat daerah dapat memantau senarai peserta E-kasih tidak tercicir dan layak menerima bantuan kerajaan.

Ia bagi merealisasikan objektif kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar dan memastikan tidak berlaku penyelewengan sehingga ada kumpulan sasaran tercicir dari menerima bantu. Pengemaskinian maklumat pada sistem itu boleh mengurangkan risiko berlaku penyelewengan serta salahguna kuasa,” tegas beliau.

Menurut beliau lagi, Program MyBeras yang diperkenalkan selepas pengubahsuaian Bajet 2016 adalah amat wajar dan bertepatan dengan keadaan ekonomi negara pada masa kini.

Tambah beliau setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan hingga Disember 2016 itu amat baik agar dapat meringankan beban golongan tersebut.

Langkah ini amat baik kerana kita sedia maklum kos sara hidup rakyat semakin meningkat ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi negara dan dunia pada masa kini.

Pelaksanaan program MyBeras ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan dapur bagi keluarga miskin tegar ini. Kerajaan sentiasa komited, membantu kepada semua lapisan masyarakat, melalui pelbagai pendekatan dan kaedah.

Jelasnya Kerajaan telah memperkenalkan insentif bantuan beras melalui Program Myberas, bagi tujuan meringankan beban kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Beliau juga telah menyampaikan 100 unit Kerusi Plastik kepada SK Pulau Timbang dan 100 unit lagi kepada Dewan Serbaguna Kg Trongliman melalui peruntukan ADUN beliau

Turut hadir menyaksikan penyampaian tersebut Hj.Imran Osman Pegawai Unit Pembangunan MPS dan Mohd Ariffin Baco Pengurus Kawasan Pertubuhan Peladang Sandakan, serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sekong Zantapha Zainal Abidin dan CDO UPPM Sekong dan Ajk UMNO Bahagian Batu Sapi.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan