Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seluruh Pekan Jadi Ais Akibat Paip Bocor

aiss

SIBERIA – Lebih 22,000 penduduk di Dudinka terkejut ketika bangun pagi apabila mendapati seluruh bandar itu diliputi ais yang membeku sehingga ke paras pinggang.

beku

Keadaan itu berlaku selepas paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor, menyebabkan air mengalir ke seluruh bandar. Disebabkan cuaca sejuk melampau iaitu -40C, ia menyebabkan air tersebut bertukar menjadi air.

Dudinka merupakan bandar kecil yang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan Lautan Artik.

Menurut jurucakap kerajaan tempatan, Eugene Gerasimov, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk.

“Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan.

“Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya.

Susulan itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytiharkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang ketulan air berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan