Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seludup telur penyu waktu Tarawih

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memetahkan satu cubaan membawa 2,500 biji telur penyu menggunakan sebuah bot pam, di perairan Pulau Berhala, Sandakan. – Foto Ihsan PGA.

 

SANDAKAN: Tindakan tiga penyeludup telur penyu warga Filipina cuba menyelinap masuk ke daerah ini ketika umat Islam menunaikan solat Tarawih, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila mereka ditahan perairan Pulau Berhala, dekat sini, malam tadi.

Ketiga-tiga suspek berumur 19 hingga 50 tahun yang membawa 2,500 biji telur penyu menggunakan sebuah bot pam itu ditahan pada jam 8 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 15 Sandakan, Superintendan Toipi Lamat, berkata bot dinaiki tiga suspek terbabit dipercayai datang dari arah perairan Filipina menuju ke bandar Sandakan sebelum disedari oleh dua bot ronda PGA yang menjalankan rondaan.

“Susulan itu, sepasukan 14 anggota PGA menggunakan dua bot ronda memintas bot pam berkenaan dan sebaik diperiksa, tiga lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan dalam bot pam itu kemudian menemui beberapa guni berisi 2,500 biji telur penyu.” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Toipi berkata, siasatan mendapati, mereka adalah penduduk Pulau Taganak, Filipina dan mendapat upah RM200 bagi setiap penghantaran ke negeri ini.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Akta Imingresen 1963. – Oleh Hazsyah Abdul Rahman/BH Online

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memetahkan satu cubaan membawa 2,500 biji telur penyu menggunakan sebuah bot pam, di perairan Pulau Berhala, Sandakan. – Foto Ihsan PGA.

Komen


Berita Berkaitan