Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seludup kereta klasik dari Malaysia

11:15am 29/08/2016 Pak Roshan 43 views Global
GAMMA (kiri) diiringi polis selepas ditahan pihak berkuasa baru-baru ini. - JawaPos

GAMMA (kiri) diiringi polis selepas ditahan pihak berkuasa baru-baru ini. – JawaPos

Pontianak: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeludup masuk dua kereta klasik dari Malaysia selepas memalsukan dokumen kenderaan berkenaan.

Gamma Satria, 39, ditahan kerana disyaki menyeludup masuk kereta klasik ke Indonesia melalui Kalimantan Barat sebelum dijual dalam acara lelongan di Bandung.

Gamma memberitahu polis, semua dokumen kenderaan yang dipalsukan disiapkan terlebih dahulu sebelum kereta dibawa masuk.

“Dari Malaysia saya membawa masuk kenderaan ini melalui kawasan sempadan.

“Kenderaan ini masih menggunakan nombor pendaftaran Malaysia dan apabila masuk ke Indonesia saya akan menukarnya dengan nombor pendaftaran tempatan,” katanya seperti dipetik portal JawaPos.

Menurutnya, dia juga menukar nombor enjin dan kerangka kenderaan itu sama seperti dokumen yang dipalsukan.

Menurutnya, dia membeli kereta jenis Mercedez Benz dan BMW daripada seorang rakan di Malaysia dengan harga lebih Rp300 juta (RM91,348).

Gamma merancang membawa kereta itu ke Bandung untuk menyertai pameran dan lelongan kenderaan klasik.

“Kereta ini boleh dijual pada harga Rp600 juta (RM182,696) dan saya akan untung dua kali ganda,” jelasnya.

Jurucakap polis Pontianak, Andi Yul Lapawesean menyiasat sindiket itu dan jumlah kenderaan yang sudah dibawa masuk. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan