Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seludup keluar 240 liter petrol

12:21pm 18/05/2017 Pak Roshan 156 views Jenayah,Mutakhir

SEBAHAGIAN barang kawalan yang dirampas PPM dalam Ops Gelora Khas di perairan Pulau Boheyan, Semporna. – Foto ihsan PPM Semporna

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar kira-kira 240 liter minyak petrol melalui perairan Pulau Boheyan, dekat sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata lelaki dipercayai juragan berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua lagi individu oleh sepasukan anggota PPM yang membuat rondaan Op Gelora Khas, pada jam 8.59 malam di kawasan berkenaan.

“Selain minyak, pemeriksaan ke atas perahu berkenaan turut menemui tong gas, enjin pam air, penjana elektrik dan beberapa barangan lain yang dipercayai cuba dibawa keluar ke Filipina.

“Semua rampasan dianggarkan berjumlah RM36,119 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan di perairan sama pada jam 12.04 tengah malam, PPM menahan seorang juragan bersama 15 penumpang berusia satu tahun hingga 68 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka dipercayai cuba menyusup keluar dari daerah ini ke Sitangkai, Filipina melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya.

Semua suspek dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan