Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seludup isteri dalam beg

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

London: Seorang lelaki Latvia cuba menyeludup isterinya dalam beg pakaian untuk memasuki Britain selepas permohonannya untuk mendapatkan visaditolak.

Perbuatan Bogden Croitor terbongkar selepas keretanya ditahan oleh pegawai imigeresen ketika tiba di pelabuhan kereta di Dover, Kent.

Selepas menemui beg itu di dalam kereta, mereka membukanya dan menemui si isteri di dalam beg berkenaan.

Croiter, 30, dibenarkan tinggal di United Kingdom, tetapi isterinya, warga Moldova, sudah dua kali gagal mendapatkan visa untuk memasuki negara itu.

Dia memberitahu pegawai, ketika berada di Calais di utara Perancis untuk menghabiskan hujung minggu bersama isterinya Oktober lalu, wanita itu mengesyorkan supaya dia bersembunyi dalam beg pakaian berkenaan.

Peguam Croitor, Natasha Spreadborough memberitahu Mahkamah Canterbury Crown, isteri anak guamnya sudah berulang kali memohon visa tetapi ditolak.

Croiter dihukum penjara 14 bulan yang ditunda selama dua tahun serta kerja kemasyarakatan tanpa gaji selama 100 jam di samping membayar kos mahkamah sebanyak £400 (RM 2,185). – Agensi

Komen


Berita Berkaitan