Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seludup bahan letupan dari Malaysia

11:25am 17/09/2016 Pak Roshan 818 views Global
DUA suspek (memakai topeng) yang ditangkap kerana disyaki dalam sindiket menyeludup bahan letupan dari Malaysia. - Agensi

DUA suspek (memakai topeng) yang ditangkap kerana disyaki dalam sindiket menyeludup bahan letupan dari Malaysia. – Agensi

Jakarta: Polis Indonesia berjaya menangkap dua lelaki yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan bahan letupan jenis amonium nitrat dari Malaysia ke Indonesia untuk dijadikan bom ikan.

Jurucakap polis Indonesia, Agung Setya berkata, dua lelaki itu diburu susulan penahanan tiga kapal di wilayah Natuna pada 16 April, 29 Julai dan 29 Ogos lalu.

“Ketika pemeriksaan semua kapal ini tidak mempunyai sebarang dokumen dan didapati membawa amonium nitrat dengan jumlah keseluruhan 166 tan,” katanya.

Menurutnya, sindiket itu dikesan beroperasi di Batam dan mengambil bahan kimia itu di Malaysia sebelum masuk semula ke Indonesia.

“Dari Malaysia kapal ini masuk ke Laut Jawa sebelum pergi ke Kepulauan Kangean Madura, Sumbawa, Flores, Muna, Bonerate, Bau Bau dan Pangkep.

“Sepanjang laluan ini kami dapati karangnya rosak akibat aktiviti menangkap ikan menggunakan bom oleh nelayan,” jelasnya.

Menurutnya, aktiviti sindiket itu bermula sejak 2010 lagi dan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom menyebabkan kerosakan teruk terhadap ekosistem di kawasan terbabit.

Kata Agung, pihak berkuasa sedang mengembangkan siasatan untuk memburu suspek yang terbabit dengan sindiket berkenaan.

“Semua suspek boleh didakwa mengikut akta berkaitan bahan letupan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan