Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seluar dalam lelaki RM49,000

11:28am 01/04/2017 Pak Roshan 52 views Global

Sydney: Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000)- lebih mahal daripada sebuah kereta kecil.

Ia dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland.

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001. Katanya, idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu.

“Era Perlombongan Emas adalah antara sejarah paling menarik dan zaman paling makmur Australia. Saya tertarik dengan idea bahawa penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,” kata Ashby.

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan