Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selipar Kerap Hilang,Jemaah Kunci Selipar Guna ‘Lock Motosikal’

11:01am 14/06/2016 Pak Roshan 549 views Aktiviti,Mutakhir

img_660_442_jamaah-mas_1465824538lang

Jemaah Masjid Al Munawir di Pinrang,Indonesia mengeluh kerana setiap kali pergi ke masjid itu, seliparnya sentiasa hilang ketika menunaikan solat terawih. Bagaimanapun masjid sentiasa menjadi kesukaan penduduk terbesar di Kabupaten Pinrang.

Salah seorang jemaah, Azwar adalah mangsa terbaru selipar hilang. “Kemarin teman saya seliparnya hilang disini. Sekarang giliran saya pula. Entah siapa lagi besok,”katanya.

Dia menduga ada seseorang yang datang ke masjid hanya untuk mencuri selipar. Meskipun diletakkan di tempat yang terbuka, namun sering kali selipar jemaah tetap hilang. “Mungkin ada yang pantau jemaah yang mengenakan selipar cantik. Semasa jemaah masuk, selipar tersebut diambil,” kata Aswar.

Yusuf berkata, kes curi selipar di Masjid Al Munawir, memang bukan kali pertama berlaku. “Pengurus masjid harus mengambil inisiatif untuk keselamatan barang jemaah. Sehingga tidak ada lagi yang hilang ketika mereka khusyuk menunaikan solat terawih. Salah satunya adalah pemasangan CCTV,”katanya.

– mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan